Wednesday, April 11, 2012

Pulau Langkawi



Assalamualaikum.

Hai hai hai. Semua sihat ker ? heh sorry lama dah tak update blog. Sejak-sejak nie agak busy sikit so tkde masa langsung.

Okay jom dengar story aku. Dalam 2 minggu lepas *kalau tak silap aku dengan famili aku pergi bercuti. Aku dengan famili pergi bercuti dekat Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi *skema gile ayat.

Alhamdulillah sampai jugak aku dekat Langkawi , sebelum ni selalu dengar orang cerita jer pasal Langkawi skrg aku dah sampai sana *erk jakun Langkawi je pon Haha

Ibu aku sebenarnya yang beria ia sangat nak pergi sana sebab dengar dari mulut jiran jiran dia yang barang kat sana super duper murah so dia nak try laa tengok sambil membeli.

Masa mula mula nak pergi memang agak bergaduh jugak laa sebab ayah aku nak naik flight tapi aku dengan kakak aku nak naik feri. Flight sangat bosannnn. Tak suka. Lagipon nanti bukan boleh bawak banyak barang pon. Last-2 ayah aku kalah. macam biasa Hahaha

sebelum bertolak

Sampai sana balik hotel then rehat kejab. after 2 hours kita org gerak pergi Makam Mahsuri and Cable Car.








Second day kita orang pergi Tasik Dayang Bunting dengan Pulau Beras Basah.

Actually Tasik Dayang Bunting pon ada story dia jugak. Tapi tak sure kisah selanjutnya. macam tue jugak dengan Makam Mahsuri pon macam tue jugak. Kisah pasal Mahsuri seorang perempuan cantik & baik dibunuh kerana fitnah. Then dia bersumpah yang Pulau Langkawi takkan aman sampai 7 keturunan. Tak silap aku laa kalau salah sorry yer.

Second day tue kita org banyak pergi tempat-2 berkenaan pulau pulau sahaje. Seronok sebab naik bot dapat tengok lautan yang sebesar besar alam.




Ibu aku sebelum naik bot asyik mengucap sebab takut tapi bila dah naik, ibu laa leader. Aku ? heh biasa laa :))

Next day kita org pergi naik bot jugak lepas tue pergi Gua Sarang Buaya , Gua Burung Kelawar.




Gambar kat bawah ni adalah hari terakhir kita orang dekat Langkawi. Apa yang penting langkawi sangat best sebab ada Pulau yang sangat cantik tapi yang boringnya bila waktu malam bila org-2 sana tutup kedai pada pukul 9.30malam. 

Jauhh beza kot dengan KL :pp






Nie jer gambar yang aku boleh share dengan kau org. Ada banyak lagi tapi aku malasssss nak upload. 







No comments:

Post a Comment